Monday, December 5, 2016

Inikah akhirnya

Bahagian 1

Setiap hari dialah orang pertama yang akan sampai dirumah sewa mereka itu. Rumah yang dihuni bersama empat orang lagi kawan-kawannya itu kelihatan sunyi sahaja. mereka yang lain masing-masing masih dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. "Hai berjasa juga motosikal buruk aku ini, terima kasihlah motor" Imah berkata seorang diri Motosikal itu dibeli hasil dari lebihan pinjaman pengajian yang dibuatnya ketika belajar di UiTM Arau dulu. Masih dia ingat, ayahnya bertanya berkali-kali, "betulkah kau nak beli motor terpakai ni?" "tak malukah nanti di tempat kerja kalau orang memandang?", Dia menjawap, "tak malulah ayah, malas nak berhutang bank, guna je apa yang ada" Pak Musa tersenyum sambil menganggukkan kepalanya, dia memang kenal sangat anak perempuannya yang seorang ini, bersederhana orangnya.

Kring, Kriniinnn, kriinnggg...telefon rumah berbunyi. "Eh siapa pula menelefon ini" getus Imah segera membuka pintu rumah sambil berjalan cepat meluru ke ruang tamu untuk menjawap panggilan telefon itu. Sebaik mendengar suara seorang lelaki dihujung talian, dia sudah tahu panggilan itu bukan untuknya "Hello, nak cakap dengan siapa ya?" "nak cakap dengan Ija", jawab lelaki itu. Imah membalas, "Ooo dia belum balik lagi, awak telefon malamlah, dia selalu sampai lewat"  Lelaki itu menjawap lagi, "err ok baik".

Malam itu seperti biasa selepas solat maghrib, dia memberitahu rakan sebiliknya Ija yang ada seorang lelaki menelefonnya petang tadi. Ija tersenyum riang mendengar berita itu, "Oooo itu Syam, dia telefon saya ya? "  Imah bertanya "siapakah dia itu, kekasihkah? Ija menjawap, "bukan kawan-kawan ja"

Saturday, July 25, 2009

biru dan putih

terpesona sungguh aku dgn kepulan awan2 itu....sambil memandu klik klik klik :-)

gambar di ambil semasa dalam perjalanan nak ke padang besar...dikiri kanan jalan, pokok pokok tebu merimbun

Monday, July 20, 2009

mendung


pepatah kata mendung tak bererti hujan...kita merancang tuhan yg menentukan. perlukah kita merancang utk jangkamasa yg panjang?

awan gelap tu adalah pemandangan yg aku ambil dari atas bot berlepas dari pulau jerejak.

Saturday, April 18, 2009

alkisahnya...


dulu masa kecik2, tiap kali balik kampung di sinilah tempat aku mandi laut dgn adik beradik, sepupu dan sesekali pakcik dan paksu aku join sekali...kami main bom bom n tarik2 kaki

Monday, April 13, 2009

sepi teluk ...

this picture was taken early last month. that was the place which used to be my playground. i remember gathering there for lunch together with tokwan, mak, ayah, cousins, uncles and unties for many many times in my life. be it for our usual gathering or on special day i.e. hariraya. there was a metal made swing near that pokok nangka where we used to lepak while chit chatting. it was there i used to dengar tokwan bercerita about his younger time experiences and etc. sigh, this is what modernization means...it takes away the place but the memories remain in my mind.

Monday, March 2, 2009

until we meet again

tanpa disedari setakat sekarang ni di dalam tahun 2009, tiap2 hujung bulan aku akan meraikan perpisahan kawan sekerja. 2 org di atas ni pernah menjadi kawan baik aku kat opis. gambar ni diambil hujung bulan january sempena meraikan Z (baju merah) yg berpindah tempat keje baru dan last week aku meraikan F pulak. tamat dah lah era kami makan n sembang bersama...masing2 membawa haluan sendiri dgn matlamat dan impian tersendiri. bagi aku, friend is forever ;p tp lain orang lain caranya...apa2 je la

Monday, February 16, 2009

kecil tp rumit


sukalah tengok dahan pokok yang berselirat dan berpintal-pintal ni, dahannya kecil tapi pintalannya macam rumit juga. gambar ini dirakam di R&R Bukit Gantang pada 9 Feb lepas. aku duduk kat pondok/wakaf kecil menunggu mak dan ayah habis solat sambil makan buah jambu dan pelam potong dikelilingi burung ciak rumah yang macam jinak jer hinggap ditepi-tepi meja aku ;p