Wednesday, July 2, 2008

apa pendapat anda

apa anda akan buat jika org komen yg anda :

1. so detail dalam satu2 pekerjaan hingga lost? (walhal kerana detail tu la kerja anda berjalan ikut platform yg betul, walaupun kadang2 terkucil miss the datelines. tapi bukanlah melibatkan masalah besar, just a minor issue)
2. straight to the point? (sebenarnya point tu lah yg factual tapi anda jadi unpopular kerana menyatakan kebenaran)
3. suka marah2 (walhal yg anda marah2 tu pasal org tak ikut arahan dgn betul)

pada penilaian dan pendapat aku :
1. detail sgt pun org tak appreciate especially utk mereka yg mementingkan quantity dr quality. yg penting bos senyap. tengok pada jenis pekerjaan jugalah. kena pandai2 menggunakannya.
2. tak salah straight to the point. cumanya budaya org kita (terutamanya melayu la) tak suka terima teguran = tak dapat terima hakikat kelemahan diri diperkatakan org. kena sampaikan teguran dgn cara yg paling lemah lembut. kena jaga hati takut terasa. jadinya utk menyesuaikan dgn keadaan semasa ni, eloklah kita berhemah sebelum membuka mulut. i cant stand this actually. real pretending
3. boleh aje nak marah2 atas kebodohan org lain coz pasal depa lah menyebabkan hidup/kerja kita susah atau tergendala tapi mcm biasalah org tak pandang pun punca buat kita marah2. yg depa nampak kita cepat hangin. itu 1st visual impression. apa2 pun EQ kena ada utk mengelakkan org kata kita sewel semacam.

apa2pun, memang sifat manusia mementingkan kepentingan peribadi (namun tidak dinafikan masih ada lagi org yg suci luhur). menidakkan mana yg betul dan membenarkan apa yg tidak betul. aku bukan ahli sejarah atau sasterawan atau budayawan. bg aku dlm era globalisasi ni kita kena suai padankan dgn cabaran hidup zaman ini. mana yg boleh diamalkan, amal. mana yg macam kureng dan tak berapa nak boleh pakai, tinggalkan aje. biarlah ia menjadi warisan. sekurangnya generasi akan dapat melihat betapa tamadun kita berubah mengikut masa. berubah ke arah kebaikanlah. selagi tidak menyalahi ajaran agama islam. hidup kita sepatutnya berpaksikan ajaran agama (yg bukan ditafsirkan ikut kepentingan sendiri, nowadays telah ada golongan yg mentafsir hadis dan quran ikut kepala sendiri). kita tidak boleh terikat pd stigma adab/pemikiran lama yg akhirnya tak membawa kita ke mana-mana.

2 comments:

Zu Ismail said...

wah.. berat betul isi en3 nin... he he he...

Mek Na said...

Thanks azura for dropping in here. hehe sekali sekala isu berat :)