Wednesday, August 29, 2007

dari dalam diri 1

mulai saat ini aku akan menulis the truth about me di sini. pasal aku dah macam bosan asyik nak cover, tak nak disclose my true feeling. aku dah bosan berpura-pura of not being me! lagi pun who cares..no one knows who i am in this virtual world.

aku akan mula cerita zaman aku kecil. aku anak askar. so biasalah selalu merantau. tukar sekolah tu perkara biasa, dah jadi part and parcel of my life. jadinya aku kenal dan jumpa pelbagai org tapi satupun tak lekat jd close friend aku, always on the run gitu. ala ala loneranger. so aku tak heran kalau sekarang ni bila dewasa aku macam selesa duduk sengsorang kat apartment, infact aku pun tak kisah sgt berjalan ke mana mana atau buat sesuatu seorang diri. ada kenalan aku kata aku ni macam memencilkan diri darinya dan kawan-kawan yg lain. macam anti social gitu. aku tak bermaksud begitu, it just me. aku pun tak nak paksa dia utk memahami who is the real me. latar belakang membentuk personaliti seseorang. itu aku percaya sgt. sekarang ni bila ayah pencen dan balik kampung...jadinya no childhood friends and no chilhood memories either! all gone with the wind di tempat baru kami called home.

masa kecik, aku lebih cendurung bermain dgn budak lelaki. main polis sentri, kejar-kejar, lawan-lawan, main kasut roda, main rounders, main berkelah kelah pusing semua blok kat dalam kem dan byk lagilah yg aku dah tak ingat. seingatnya, aku tak pernah main di kalangan all girls. mesti ada budak lelaki dalam group aku. so membesarlah aku menjadi perempuan yg tak pandai berperasaan manja dan gedik mcm budak perempuan lain. aku lebih ke arah cakap terus terang dan perkataan merajuk mmg tiada dalam kamus hidup aku. tak reti dan aku rasa tak perlu pun bersikap mcm tu, bukan org tau kalau kita buat perangai camtu. so kalau tak suka, atau tak setuju denagn sesuatu, i say it loud. itu mmg trademark aku yg aku bawa sampai sekarang.

No comments: