esok malaysia akan sambut hari kemerdekaannya yg ke50. aku tau yg org dulu byk berjuang dgn tenaga dan akal fikiran utk mendapatkan kemerdekaan. nasib baik dekat sekolah dulu aku belajar sejarah. kalau nak harapkan aku cari dan baca semdiri, ampun sajalah agaknya. melaluinya aku tau jugaklah apa itu perit jerih nak memerdekakan negara tercinta ini. susahnya org dulu dulu berjuang utk mendaulatkan negara ini. banyak lagilah berkenaan sejarah asia tenggara dan tempat2 lain yg aku tau masa kat sekolah dulu. belajar tentang sejarah kesultanan melayu juga.
tapi bila aku tanya diri sendiri apa perasaan dan makna kemerdekaan itu pada aku? terus terang aku mcm tak rasa apa2 yg magic. aku tengok ramai yg kibarkan bendera kat kereta mereka, teringat mcm nak kibarkan juga kat kereta aku tapi bila aku cari bendera mini lama yg aku rasa mcm ada tersimpan kat glove compartment dalam kereta, tiadalah pulak. bendera tu kawan aku shahri masa tempat kerja lama yg bagi. aku tak pula rasa mcm nak pergi kedai beli satu utk meneruskan niat aku tu. aku bukan tak bersyukur atau tiada perasaan cintakan negara kerana aku rasa aku memang ada tinggi rasa sentimental dgn bangsa dan negara sendiri. tapi tu lah, susah aku nak describe apa yg aku rasa. macam biasa2 je. takdelah rasa 'spark' ke apa.
aku lebih relate dan melihat ke dalam diri aku. apa itu merdeka? aku masih tak rasa aku berfikiran merdeka. especially dalam pekerjaan utk menyara hidup aku ni. aku masih macam takut dan tak yakin dgn apa yg aku nak buat dalam hidup ini. sikit2 aku rujuk kat mak ayah atau kawan2 rapat. mereka memberi 1001 satu kenyataan yg akhirnya buat aku confuse dan aku tak move ke mana mana pun. alih alih aku still buat kerja yg aku rasa mcm nak termuntah. i really bored with this mundane life at work..serious!! sangat sangat. i keep on tukar kerja, sekarang ni ialah tempat kerja aku yg ke6 ! keenam enam kerja ini adalah kerja makan gaji dgn orang. yg tak berapa nak freedom aku rasakan. masa dan decision adalah bukan mutlak milik diri aku. kena ikut kemahuan majikan. nak buat macamana dah memang kerja dgn org so kenalah ikut dalam keterpaksaan. dan jadilah aku yg bukan diri aku. kadang2 aku termenung pjg memikirkan apa aku nak jadi nih? sampai ke saat ini aku masih berperasaan mcm tu.
apa2 pun selamat hari merdeka yg ke-50 utk malaysia.
No comments:
Post a Comment