Wednesday, March 5, 2008

mencelah sikit

mencelah sikit ya...jgn arr sama2 melayu pun nak pecah belah, tuduh menuduh, pulau memulau...BN, PAS, PKR semua parti org melayu yg beragama islam. kita jgn terpedaya atau terikut2 dgn orang politik ni. depa ni mmg la nak menang. mcm2 strategi la akan dilakukan utk mencapai matlamat mereka utk menang. adat org bertanding la sape yg tak nak menang. boleh aje mereka kuarkan segala macam bentuk menifesto, fatwa hanya utk nak menang.
berbeza pendapat mmglah lumrah. sedangkan lidah lagikan tergigit tp jgn sampai kita ni jd mcm org di iraq...syiah, sunni berperang, US and the other bangsa kafirun dok tepuk tangan nengok satu bangsa satu ugama yg bergaduh sesama sendiri. tak sedar yg puak kafirun ni sedang menyusup masuk nak berkuasa dan kaut segala jenis kekayaan atau peluang di atas sikap kita yg satu ni...(fanatik berpolitik)
as a layman...kita buka mata lihat disekeliling, lapangkan dada, guna minda utk berfikir secara helicopter view (scope yg luas termasuklah isu2 semasa meliputi faktor ekonomi dll didalam dan luar negara) then kita buatlah keputusan utk undi sapa yg kita rasa relevant utk perintah negara kita yg tercinta ini. adios....

2 comments:

BoxxTomoi said...

wooo .. not in good mood ke today.?
Cheer up .. it will be over very soon.
Melawat sini selalu ..skali skala tinggalkan comment supaya tuan rumah tahu siapa yang datang.
Thank for your comment.

Mek Na said...

tak juga boxxtomoi...saja syok2. bosan la kat opis dpn kta pun ada org dok bertekak..heran betul, ahli politik yg bertanding, org lain pulak yg dok kata mengata :p