Saturday, June 21, 2008

kak nor, where are you?

tiba2 je pagi ni aku teringat kat sorang member lama sekolah menengah dulu. nama dia noriah. berkulit hitam manis, badan stocky sikit, pakai spec dan mempunyai senyuman yg manis sgt. suara dia memang sedap bila menyanyi. berasal dari terengganu tapi aku tak ingat area mana, rasanya kalau tak salah aku dari kawasan marang. seingat aku dia bersekolah rendah di KL. ayah dan mak dia kerja kat KL. aku panggil dia kak nor. dia senior aku. kami dok satu dorm. kak nor ni setahu aku mmg among top scorer dlm kelas. menjadi tempat rujukan bab2 pelajaran sekolah termasuklah aku yg selalu refer kat dia untuk subject english. dia jenis yg treat juniors dia macam kawan2 dia jek. takde la nak mengarah atau nak menokey kat geng2 aku masa mula2 masuk asrama. boleh ajer kitorang nyanyi kat pantry room sambil makan maggi mee n bersembang gelak2 kan cerita masing2. sifat dia memang tersendiri. jenis yg sempoi. bila sebut kak nor tak sah klu takde perkataan 'setan gondol' atau 'gonjeng'. dua perkataan ni selalu bermain kat mulut dia. selalu digunakannya kepada object yg dia tak suka. contohnya 'setan gondol betul la walkman ni'

lepas SPM dia, kami terus terpisah tanpa berita sampai sekarang. kat manalah agaknya kak nor sekarang?

2 comments:

KAMATO said...

kawan tu agaknya tengah tersedak

Mek Na said...

tu la tetiba je teringat kat dia selepas sekian lama