Bahagian 1
Setiap hari dialah orang pertama yang akan sampai dirumah sewa mereka itu. Rumah yang dihuni bersama empat orang lagi kawan-kawannya itu kelihatan sunyi sahaja. mereka yang lain masing-masing masih dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. "Hai berjasa juga motosikal buruk aku ini, terima kasihlah motor" Imah berkata seorang diri Motosikal itu dibeli hasil dari lebihan pinjaman pengajian yang dibuatnya ketika belajar di UiTM Arau dulu. Masih dia ingat, ayahnya bertanya berkali-kali, "betulkah kau nak beli motor terpakai ni?" "tak malukah nanti di tempat kerja kalau orang memandang?", Dia menjawap, "tak malulah ayah, malas nak berhutang bank, guna je apa yang ada" Pak Musa tersenyum sambil menganggukkan kepalanya, dia memang kenal sangat anak perempuannya yang seorang ini, bersederhana orangnya.
Kring, Kriniinnn, kriinnggg...telefon rumah berbunyi. "Eh siapa pula menelefon ini" getus Imah segera membuka pintu rumah sambil berjalan cepat meluru ke ruang tamu untuk menjawap panggilan telefon itu. Sebaik mendengar suara seorang lelaki dihujung talian, dia sudah tahu panggilan itu bukan untuknya "Hello, nak cakap dengan siapa ya?" "nak cakap dengan Ija", jawab lelaki itu. Imah membalas, "Ooo dia belum balik lagi, awak telefon malamlah, dia selalu sampai lewat" Lelaki itu menjawap lagi, "err ok baik".
Malam itu seperti biasa selepas solat maghrib, dia memberitahu rakan sebiliknya Ija yang ada seorang lelaki menelefonnya petang tadi. Ija tersenyum riang mendengar berita itu, "Oooo itu Syam, dia telefon saya ya? " Imah bertanya "siapakah dia itu, kekasihkah? Ija menjawap, "bukan kawan-kawan ja"
No comments:
Post a Comment