Tuesday, September 4, 2007

50th merdeka annivesary & me

30th August,
start balik keje petang khamis tu aku dah plan nk ajak ani pi lepak kat pantai sambil tunggu org pasang bunga api. tapi bila aku sampai umah malam tu aku changed plan. tak jd lah. malas pulak nak kuar memalam. ye la aku ni kan boleh kira mcm endangered species. perempuan yg tak pandai kuar malam & shopping. perasan la sikit kan. tapi mmg betul pun, kan? mana ada org ppuan yg tak suka shopping ye dak? so malam tu aku buat case studies & layan baca blog sambil jenguk2 kat tingkap dapur apmt aku bila dengar ada bunyi letupan bunga api...wah cantiklah. tak yah kuar pun dapat nengok gak ckp aku dlm hati.

31st August,
bangun pg aku terus bersiap2 nak ke starbuck jumpa geng kelas aku. the main reason kami buat pot kat situ pasal its free wifi. belilah juice apa yg patut utk cover line supaya tak nampak mcm nak berinternet free kan. kami janji nak buat asgmnt sama2. depa 3 org tu satu grp, aku lak all alone. my other 2 grp members meresap. aku bg chance la kat depa be with their family cuti2 nih. aku ni single so aytime aku boleh bercuti, ikut suka aku. tak perlu nak adjust masa here n there to be together. kami dok kat situ sampai petang, time solat kitorang pi kat petronas stn, nasib baik petronas ada provide surau for public use. di samping buat keje sekolah kitorang tu, sempat gak 2 org kwn aku tadi pi cilok tanya2 package facial treatment kat labote. so around 4+ kami cunggit pi buat facial. ok gak ler...release stress n so relaxing. dalam pukul 7 kami pun baliklah. aku terus singgah rumah mak aku, saje la, aku kalau sehari tak tenung/pandang muka mak ayah aku..rasa macam kehilangan je. depa mungkin tak tau apa yg aku rasa, pasal aku ni jenis yg tak pandai nk tunjuk perasaan dalaman aku dgn kata2. yelah aku percaya, action speaks louder than words. itu adalah antara sebab aku balik keje kat sini. dulu masa keje kat usj, mmg best take de yg tak menyeronokkan. cumanya satu hari tu, aku tiba2 teringat mak ayah aku yg semakin tua. aku kurang spent masa dengan mereka masa zaman muda2 dulu. dan aku bayangkan kalau la depa ... dan aku tak de kat sisi, aku akan menyesal seumur hidup. then aku terfikir pulak mungkin pasal tu la juga aku tak kawin2 lagi. mungkin tuhan, nak aku temankan makayah aku la kot. ye la dr umur aku 13 sampailah kerja, aku asyik tak dok umah. aku mmg besar dgn nasi kawah! pas tu aku ingat lagi, mak aku pernah kata kat aku, engkau ni asyik tinggal org je, bila org tinggal kau sekali jer..kau rasa sedih sesangat. itu masa makayah aku pi mekah. masa depa call aku dari sana, aku yg sebak bergenang airmata bila bercakap kat phone, depa ok jer. then adik aku kata. tak sangka aku mcm tu, nampak mcm cool n strong tapi tak la jugak. ishh aku melalutlah...back to apa yg aku nak cite.

1st September
aku bangun je tidur, gosok gigi je tak mandi terus jadi full time maid. aku sapu, mop lantai, lap habuk atas tv, meja, kitchen cabinet, tingkap, buang sawang apa yg patut. aku mmg boleh kira mcm health, cleanliness freak gak ler. aku suka konsep minimalist dan yg penting bersih. aku tak boleh hidup dlm persekitaran yg kotor dan selerak. tp aku pun tak nafikan kadang bila penyakit M aku melanda, aku tak peduli gak le kat penyapu sampai minggu2 gak ler. somewhere in the noon baru aku siap. mandi makan n apa lg, tidur..letih. dalam pukul 4 aku bangun, mandi lagi. aku rajin mandi lak masa tu. around 5, aku tengok DVD awakenings, yg aku terpandang masa mengemas pagi tuh. cite tu best lah. cite pasal a shy doctor yg sgt dedicated dgn researchnya ttg satu penyakit pelik. akhirnya dia berjaya cipta satu ubat. so magical his patients tiba2 pulih. tapi utk satu jangka waktu je. then ada some chemical reaction menyebabkan patients back to old ones. penyakit tu dtg balik. walau dia tambah dos, ttp tak ok. the he realised. in life, yg paling pnting is the existence of friends and family around. kita selalu tak perasan ttg mereka. kita take for granted. doktor ni pun sama. ada sorang nurse yg selalu be with him day and nite tolong buta research dia. tp one day bila si nurse ni ajak minum, dia tolak. pasal malu lah konon2nya. walhal nurse takdak maksud lain sekadar kawan sekerja. so moralnya, kita kena perasan our surroundings. ini aku cakap utk diri aku gak. yg selalu mcm blur je. bukan aku sengaja pun. lepas habis tengok cite tu, aku terus tulis surat kat ita, cite pasal awakenings ni kat dia, pasal masa aku tgh tengok, dia ada call.

No comments: