Wednesday, September 5, 2007

cerita dari blog lama

actually aku start blogging since november 2005 kat site yg mmg tak user friendly. klu nk type lebih2 kena bayar n etc. tp aku keep on writing there pasal aku suka dan terpesona dgn few bloggers yg encouraged me to write again and again. aku ttp akan tulis kat situ walaubagaimana sekali pun. aku appreciate sgt dgn mereka yg so kind n nice to me. there are so wonderful. where in the world aku nak kenal strangers yg baik hati..ye tak? tp aku rasa syg lak dgn all my entries tu kalau tak di copy ke sini. (err tp rajinkah aku nk copy semua kat sini? tengoklah camna nanti) saje la site ni aku leh access from work place but not the other site tu, so..apa lg :) aku ckp kat diri sendirik nih, enjoy la blogging mek na oiii....


Tuesday, November 29, 2005

Tentang aku

Sebagai permulaan, sedikit tentang aku..chinese look.. kawan rapat aku kata aku ni tak garang tapi tegas dgn keputusan yang aku buat, suka makan nasi tanpa kuah, tabiat membaca yang sukar difahami..melentang boleh, baring boleh, banyak lagi la gaya membaca aku. Suka tengok filem yg heavy, suka benda² yang fakta aje, bila marah cepat cool, senang maafkan orang, tak romantik di luar tapi romantik di dalam dan selamba semacam jek Aku suka muzik yang rancak ala² dance atau rock music. Programme tv aku suka Gilmore Girls dan drama Jepun / Korea & some selected English or International movies played on TV atau kat cinema. I used to have 7 pen pals around the world during my schooling time. Tapi la ni semua dah lost contact. I think I want to start it back.. making friends from all over the world through internet. Ok until then, c ya. Chow.

-------------------------------


Tuesday, December 27, 2005

Apa aku rasa

Sebut pasal tsunami, byk benda sedih yg dipaparkan dlm media elektronik dan media cetak. Aku memang turut bersimpati dengan tragedi yg byk meragut nyawa dan segala yg dimiliki mangsa yang terlibat. Bagi aku, tsunami buat aku kagum dengan kebesaran tuhan. Kuasanya melebihi segala yang ada. Aku bersyukur masih hidup, dapat aku melihat sendiri segala yang terjadi walaupun hanya dari bahan bacaan. Terngiang² ustaz aku masa darjah 6 bercerita tentang hari kiamat, bahtera nabi Noh, peristiwa bah besar, lautan terbelah dll. Masa tu aku tak dapat bayangkan betapa dasyhat kemusnahan yag terjadi but now I start to understand of all the meanings. Peristiwa tsunami ini satu sejarah. Kalau dulu aku hanya mengetahui mengenai malapetaka dunia ie peristiwa Pompeii, gunung Karakatua meletus dan byk lagi melalui pelajaran sejarah but today I had experienced it myself....living!

-----------------------------------------

Tuesday, December 20, 2005

I'll miss u

Sejak 2 minggu puasa lagi, adik aku di Shah Alam dah eksport 2 org anaknya iaitu kakak, 5 tahun dan Adam, 3 tahun ke rumah parents aku. So bermulalah saat mak aku kata aku dah jadi mak nombor 2 mereka. Mereka hanya akan dengar cakap aku aje. Kalau tok atau tok wan yg cakap, mmg tak jalan. B4 aku pergi kerja aku mesti bangunkan si kakak utk aturan tandasnya. Kalau tak buat, alamat silap haribulan banjir setempat. Si kakak ni hanya nak aku saja yg kejutkan dia. Balik dari kerja pula aku kena suapkan makan dan mandikan mereka. Tidur malam pula kena tidur bersama mereka di atas tilam yg dibentangkan di atas lantai dibilik mak aku. So terpaksalah aku tinggalkan katil kesayangan aku tu buat sementara. Penat mmg penat tapi aku redha dek kerana sgt sayangkan 2 anak buah aku yg so adorable! Next week ayah mereka dah nak import balik ke Shah Alam semula and for sure I'll miss them dan pagi² tiadalah kata² "bye mak long" sebaik tayar kereta bergolek ke opis.

----------------------------------------------------

Tuesday, December 20, 2005

Danau Toba

Terlanjur aku dah ke Medan atas urusan kerja, aku ajak boss pergi ke Danau Toba. Bagi aku kalau ke Medan wajib ke Danau Toba. Sampai di kaki pergunungan Parapat, pemandangan sgt indah dgn hijau bukit bukau, pokok pine serta keindahan tasik dari pandangan atas bukit sungguh memukau. Papan tanda yg poetic sekali bahasanya "Hutan Itu Paru-Paru Dunia". Pengalaman menyusuri tasik yang berkedalaman 400m memang buat aku kecut perut. Aku tak naik feri tapi naik bot yang hanya boleh memuatkan max 6 org. Muka aku basah terpercik air yg agak berombak petang tu. Aku tak fikir lain masa tu hanya berdoa jgnlah bot ni terbalik atau pecah semasa melawan ombak. Kami singgah di Tomok, tempat beli belah yg sunyi dan sepi, gerai jualan byk tapi pembelinya kurang. Jadilah kami org yg dipaksa untuk membeli. Sadis betul! Hajat nak singgah tempat penari kaleng tak kesampaian, hari dah hampir gelap. Untuk keselamatan elok balik ke hotel saja. Tamat.

-------------------------------------------

Saturday, December 10, 2005

Medan

Petang Khamis minggu lepas tiba² aku diarahkan boss bersiap sedia utk ke Medan bersamanya on the next day. Perasaan itu datang semula. Aku gabra naik flight. Tengahari Jumaat itu seat pula di bahagian hadapan, buatkan aku terasa benar dongakan masa MAS aircraft was taking off. Masa tu zikir jd peneman dan aircraft selamat landing di Polonia. Selesai tugasan, baki masa yang ada, kami ke Danau Toba. Perjalanannya +/- 4 jam dari hotel yg ditengah bandar itu. Sepanjang perjalanan aku dapat lihat sesuatu yg tiada di M'sia. W/pun jalannya sempit & byk selekoh tapi pemandu tempatan sgt bertoleransi, penganut kristian yg berkebaya lengkap dgn sanggul on their way nak pi service di gereja yg byk jumlahnya, papan tanda jualan babi panggang, wanita & jala ikan minta derma utk bina masjid, uniform pelajar sekolah yang 3,4 warna, pekan yg byk jual dodol. Ini semua menambah warna baru dlm hidup aku!

---------------------------------------


Monday, January 23, 2006

bosan tahap tinggi?

pernah suatu hujung minggu tu takde benda nak buat, aku park kete kat kelana jaya & naik lrt tanpa ada hala tuju. perhatikan gelagat manusia dlm lrt. satu ketika tu aku rasa mcm aku sorang je yg ada dlm lrt tu. i've found my own peace dlm kesesakan manusia! last weekend aku ke apmt kawan baik aku, saje teman kan dia sambil berborak² dan yg paling best dia cite kat aku pengalaman dia naik bas awam ke tempat keje hari khamis lepas. sengaja dia naik bas utk hilangkan rasa bosan dgn rutin harian pagi² memandu. cite lelaki gemuk dgn seorg wanita. terkekeh² aku ikut ketawa dgr citenya. coincidently adik aku sms dr s.alam kata dia tgh buat keje giler, t-shirt kelabu + selipar jepun + track bottom, dgn moto my bro dia ronda² ikut guthrie highway sorang diri pas tu singgah kat shopping mall baru kat belakang pkns utk beli perfume body shop!! so kalau anda rasa bosan, cubalah buat keje giler sorang². terasa kelainannya :-)

-------------------------------------------

Saturday, January 21, 2006

single punye cite

petang tadi boss aku announced kat 4 org kami that new staff is joining us next monday. dan siap cakap lagi kat aku...he is single. dah lah aku sorang je perempuan kat dept. ni. mentang² aku tak kawin asal dengar single je mesti kenen kat aku. oh my goodness! thanx kerana ambil berat. tapi kau tak tau bos...bagi aku perkara cam tu susah nak cakap. belum tentu single sama single bertemu boleh terus 'on'. aku tak memilih sgt, bukan juga anti lelaki infact aku suka bekerja dgn lelaki dr bekerja dgn perempuan, kaum sejenis aku...lelaki to me lebih straight forward & funny too. i can speak out anything in mind. mereka tak simpan dlm hati. tapi tu la, i never had any serious relationship with men. don't ask me why, friend... coz i also don't know why. ini tuhan punya kuasa. doa je la yg terbaik utk aku ok :-)

--------------------------------------------

Thursday, January 19, 2006

eee kasarnya

secara sedar atau tidak. di cafeteria tadi, seorang wanita kedengaran cara bercakapnya begitu kasar dgn aksi sila panggung dan menggoyang² kakinya sambil tangan menyuap makanan ke mulut tanpa mengendahkan org lain yg berkongsi meja dengannya. aku pun heran, kenapa perlu bercakap kuat? walhal kawan perempuannya itu hanya selang satu tempat duduk darinya. dunia sekarang benar² berubah..semua nak cepat, pintas, deras dll tanpa memperdulikan keadaan di sekeliling asalkan matlamat peribadi tercapai!! oh dunia..kiamat makin dekat.

-----------------------------------------

Tuesday, January 10, 2006

happy ending

lately kau selalu muncul dlm hidup aku
masa makan kau datang
masa aku nak tido pun kau dtg
masa tengok tv kau main cilut cak lagi dgn aku
masa aku membaca pun kau nak kacau aku
aku depan pc ni pun kau tetap menjengah
even masa sembahyang pun kau kacau aku
allah tau aku...moga keajaiban berlaku, amin.

---------------------------------------------

Tuesday, January 10, 2006

I live my life frugally!

Aku percaya ramai yg dpt bonus hujung tahun lepas. Aku dpt gak tp tiada plan lagi nak buat apa hinggalah petang tadi aku terdpt idea nak repaint kete aku, betulkan here and there. Ini sbg pembakar semangat utk start a new life in 2006. Sabtu ni set, hantar workshop. Ramai yg kutuk kete aku buruk..especially ayah. He says buy a new one lah...mmg kalu ikut hati nak tapi aku tak kuasa nak ada hutang besar lagi. Cukuplah dgn apartment aku satu. It's now become a liability to me. Aku tak sewakan dan aku pun tak duduk di sana. Selesa lagi tinggal dgn parents. Nak jual..tiada pembeli. Nak sewakan takut jadi cam kawan aku, tenant tak bayar & lari mlm lak tu. Tapi sekali pk, gasak je la. belum cuba belum tahu. Esok balik keje aku akan tampalkan iklan apmt utk disewa. Tahun baru ni aku akan guna duit byk kalu application aku utk further study tu berjaya...i'll be terribly bz nanti. Juggling my time between study and work.

--------------------------------------------------

Tuesday, January 10, 2006

Kenapa la aku malas

Lately aku memang malas kerja. Tambah lagi bos kesayangan aku dah resign last week. Ingat nak cari kerja yg dekat dgn area rumah aku sekurang²nya tidak lagi stuck in the massive jam daily. Aku pergi career fair hari Sabtu lepas, hampeh mana ada walk-in i/view. Submit resume je la. Sekali pk macam nak buat biz tapi nak biz apa? Petang tadi aku baca Azizi's book - the millionaire in me...inspirational juga. Aku cuba nak follow his advice. Get more networks, create a second income, add new knowledge in your life. So sape² yg minat cakap pasal managing money...u r welcome to drop me some emails. Maybe we cld share something towards better life i mean abt money and how to make it works for us?

------------------------------------------

Saturday, February 25, 2006

thank you

memang seronok kalau tiba² ada org buat something surprise kat kita. khamis lepas aku dpt birthday cake and a set of brooch dr 3 org anak buah aku kat opis. patutlah sehari sebelum tu depa sibuk tanya what is my favourite colour, i dgn selamba je jawab biru dan putih. dan kek yg depa sediakan tu pun icing layernya warna putih dgn wording 'selamat harijadi xxxxxx' nya warna biru. aku betul² terharu. terimakasih ros, aisiah dan ct. i appreciate it very much. love u.

------------------------------------

Tuesday, February 21, 2006

patut ke?

hari ni aku ada mixed feelings when my mom told me that my younger sis nak bertunang. gembira pasal adik aku nak bertunang dgn lelaki yg sgt sayangkannya. sedih pasal aku, si kakak yg tak kahwin² bahkan tak de bf pun lagi. inilah kehidupan...aku kena terus melaluinya dgn tabah & berfikiran positiflah nampaknya. tapi susah juga nak sorok rasa sedih yg suddenly datang ni. jalan penyelesaiannya tadi aku masuk bilik air and sengaja let the running water from the shower hose falls onto my head lama²... lega sikit rasanya. it works!

---------------------------------------

Tuesday, February 21, 2006

pindah

last weekend aku & kawan baik aku ani, basuh apmt aku. masuk ni dah 2x ani tolong aku cuci apmt tu. 1st time tu aku tak jd pindah coz asyik bertangguh nak kemas barang hingga dah berabuk lantai, terus buat aku malas. kali ni aku nekad utk pindah. selepas hampir 3 tahun aku biar ia tak berpenghuni. tangki bilik air yg ada prob, pintu bilik air yg aku nak tukar ke jenis lain dan mosquito net yg aku nak pasang tu dah siap semuanya. so this weekend aku akan berangkut barang². langsir aku dah siap beli last weekend. warna berlainan utk setiap ruang. decoration mirror pun aku dah beli. lepas ni, malam² aku akan slowly decorate apmt aku. mungkin aku akan mulakan dengan mengecat one side of my living room's wall to apple green to match with the living hall's curtain :-)

---------------------------------------

Tuesday, February 14, 2006

katakan dgn indah

aku suka lagu ni tapi tak berapa ambil tau liriknya...aku suka mendengar bait2 liriknya dan lebih best bila tengok video clipnya. aku boleh berulang2 kali menontonnya

ku katakan dgn indah dgn terbuka
hatiku hampa, sptnya luka menghampirinya
kau beri rasa yg berbeda mungkin ku salah mengertikannya
yg ku rasa cinta
tetapi hatiku, terlalu meninggikanmu, selalu meninggikanmu
membuatku terjatuh dan terjatuh lagi......
.........
..........
kau hancurkan hati, hancurkan lagi
kau hancurkan hatiku utk melihatmu
kau terangi jiwaku, kau gelapkan lagi
.......
........

PETERPAN

----------------------------------------

Tuesday, February 14, 2006

tak sporting

last weekend aku cruising the north south highway dengan mak. saja nak habiskan cuti 3 hari, hujung minggu + thaipusam. along the journey to and fro, aku nampak beberapa adegan yg elok dijadikan renungan bersama :
1. sikap segelintir org yg suka buang sampah merata2. somewhere in perak adalah satu kete ni yg nampak gaya pemandunya sedang menikmati kelazatan buah2an yg mungkin dibeli di r&r tapah kot...yg tak bestnya, toiinnkk plastic pembungkus dibuang di jlnraya!
2. ketekunan pemungut/pekerja plus/propel yg memungut sampah di tepi2 jln. di tengahari panas berbekalkan motor dan kayu pemungut sampah. aku salute mereka ini. mmg aku akui highway bersih. ini menunjukkan betapa kita manusia saling melengkapi satu sama lain. kalu semua org tak sanggup nak buat kerja camtu, susah juga nak maintain kebersihan highway ni
3. sikap segelintir org yg memandu di lorong laju/ memotong spt bapak dia punya jalan. jalanraya bukan tempat makan angin la kawan!

-----------------------------------------------------

Thursday, February 9, 2006

manja

kadang2 kita rasa kita fail to do the task given bcoz it's really comes from us, we r not good enough or sometimes just simply throw it to the other people's fault. but b4 go on further blaming here and there pls chunk the prob into pieces. see and scrutinize for the rootcause...is that really our incapability in handling things or due to some work circumstances/red tapes or combination of both which's holding us back!! by chunking, we cld get clearer picture of what's happening. see your prob in helicopter view. this will lead us to tackle the prob in better perspective. do your best as u cld and always pray to God for the guidance. and remember one thing, no one's perfect. we human always make mistake. just forget them and live ahead. life's short. be happy

ini nasihat kepada adik perempuan bongsu aku, ita yg manja tak habis.

1 comment:

Anonymous said...

dari blog lama... mmmm kami baca pun laammaaaa baru nak abih... heh heh heh